Sejarah Kebangsaan Lereh telah wujud pada tahun 1915
dengan nama Sekolah Melayu Lereh. Sekolah ini ditempatkan di
rumah Kelab Golf iaitu sebuah bangunan yang didirikan oleh
pihak kerajaan Inggeris berhampiran padang golf yang
terbesar dan menarik di dalam negeri Melaka. Gabenor Negeri
Melaka dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang berpangkat tinggi
adalah antara pemain golf yang sering bermain golf di
sini.
Selama hampir 15 tahun bangunan tersebut dijadikan bangunan
sekolah, maka pada tahun 1930 barulah didirikan sebuah
bangunan yang cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat
belajar. Dengan pembinaan bangunan baru itu maka dua buah
sekolah telah dirobohkan iaitu Sekolah Melayu Batang Tiga
dan Sekolah Melayu Tanjong Kling, yang mana murid-murid dari
sekolah berkenaan telah disatukan di Sekolah Melayu
Lereh.
Dari situ bermulanya Sekolah Melayu Lereh menerima beberapa
perubahan, bukan sahaja kemajuannya semakin bertambah,
muridnya semakin ramai bahkan ianya juga tidak dapat lari
dari menerima perubahan dari Sekolah Melayu kepada nama
Sekolah Umum seterusnya sehingga sekarang dikenali dengan
nama Sekolah Kebangsaan Lereh.
Dari segi kemajuan dan kejayaan pelajaran serta bidang sukan
sebilangan besar bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Lereh
telah berjaya melahirkan jenerasi yang berkebolehan dan
berjaya kepada bangsa dan negara.
Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Lereh yang terletak di KM
9.6 Tanjong Kling, Melaka, bersempadan dengan Selat Melaka
dan dalam zon perindustrian. Sekarang pada tahun 1999
pertambahan murid telah mencapai seramai 1071 orang murid
dengan 50 orang tenaga pengajar.
|