Pengguna budiman;
Terima kasih kerana telah sudi melawat tapak laman web SK
Lereh, Melaka. Dalam usaha untuk mempromosikan sekolah kami,
rasanya tiada saluran yang dapat menandingi Internet. Di
mana rangkaian ini menghubungi jutaan manusia dari segenap
bidang terutamanya pendidikan. Rangkaian sistem
telekomunikasi sedunia membolehkan pengguna menukar E-mail
dan melawat tapak homepej di serata dunia dalam era dunia
tanpa batasan.
Homepej ini adalah salam pengenalan SK Lereh , Melaka kepada
dunia pendidikan bukan sahaja di Melaka tetapi di peringkat
nasional dan antarabangsa.
Semoga harapan dan iltizam kami dapat menjana idea-idea baru
dari golongan pendidik di mana sahaja, demi mendukung
prinsip "Berilmu dan Beramal" untuk agama, bangsa dan
negara.
"KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG"
Sekian, terima kasih.
[ EN. ABDUL RAHMAN B. SALEH ]
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lereh.
|